Khamis, 18 Februari 2010

suatu hari

suatu hari aku bertemu dengan seorang sahabat yang telah lama aku tidak temui setelah tamatnya pengajian aku di sekolah rendah. aku bertemunya di sebuah perhentian bas. pada mulanya aku tidak dapat mengecam wajahnya. al-maklum sajalah sudah hampir 10 tahun terpisah baru kini bertmu. wajah yang dahulu comot, kening tak terurus, rambut tak berstail dan semestinya pakaian ala kampung dan kini berubah dari hujung rambut shinggalah hujung kaki. dia semakin menarik dan bergaya. kalau dibandingkan aku dengan di, pasti jauh sekali bezanya. dia kini berkerja di sebuah kedai saloon. em...tidak hairanlah jika dia pandai bergaya dan merias wajah. aku ketika itu hanyalah berbaju kurung dengan rambut yang disanggul, dan wajah tanpa make up. hanya alas bedak yang nipis sahaja. aku boleh katakan diri aku ketika itu persis seperti makcik yang jual sayur di pasar. ketika aku berbual dengannya gaya percakapannya tidak lagi seperti dahulu, namun kelincahannya masih seperti itu. memang benar kata orang penampilan boleh di ubah namun sifat dan tingkah laku memerlukan masa yang panjang dan hidayah dari yang Maha Esa. walaupun begitu dia tidak sombong, malahan masih mengingai aku. lama aku berbual dengannya, dan aku sempat bertanyakan tentang hidupnya kini dan sebelum ini. sesungguhnya aku bersyukur pada ilahi kerana diberi keluarga yang sempurna. dia kini hidup sebatang kara dan berdikari sendiri setelah orang tuanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. dia mrupakan anak tunggal dalam keluarganya. setelah kepemergian orang tuanya dia merasakan perjalanan hidupnya terlalu sunyi dan sukar untuk membisakan diri dengan keadaan sedemikian. namun begitu, dia gagahi jua dirinya untuk terus melangsungkan hidup ini tanpa adanya insan yang tersayang...
bersambung....

Selasa, 16 Februari 2010

praktikal?

adakah ianya jalan terbaik melatih pelajar ipta/s untuk berhadapan dengan suasana kerja? bagi aku ianya akan jadi terbaik sekiranya sektor yang ditmpatkan itu merupakan sektor yang berprestasi baik berbanding sektor lain. namun apa yang malang bagi pelajar praktikal apabila berhadapan dengan suasana kerja yang diharapkan tidak seindah khabar yang didengar malah mengajar dan memperlihatkan pelajar bahawa suasana kerja tersebut sangat mendukakan. adakah kerana usia pekerja dalam sektor tersebut sudah lanjut? ataupun yang jelas terlihat adalah gila kuasa? sehingga ada crmin yang memperlihatkan sikap manusia "TIKAM DARI BELAKANG" dan "TALAM DUA MUKA". setahu aku talam lagi cantik muka depan dan belakangnya. jika talam boleh berkata-kata pasti ia akan mencarut dengan sikap manusia sehingga talam dijadikan mangsa dalam memberi gelaran yang maha agung pada manusia yang BERMUKA TALAM.

hidup atau mati

antara hidup atau mati, aku pun tidak tahu mana yang terbaik. untuk hidup aku sudah jemu dengan karena manusia. plbagai ragam dan sikap. terkadang ianya sangat menyakitkan hati.sehingga membuatkan kita berfikir untuk mati adalah jalan terbaik. namun untuk mati aku tahu amalan dan taubat belum cukup untuk di jadikan bekalan menghadap tuhan yang maha esa. semua ini timbul kerana sikap manusia yang sangat memualkan dan menyakitkan hati. berbicara tentang manusia, mengapa seringkali kita bertemu dengan manusia yang menyakitkan hati dan membuatkan kita mual? mengapa kita depertemukan dengan mereka? aku sangat benci dengan sikap2 mereka yang sehingga pada suatu tahap aku seperti ingin menghapuskan mereka dari permukaan bumi ini biar yang tinggal hanya mereka yang baik hati dan boleh bertoleransi. sikap manusia ada yang ingin mengajar ketam berjalan lurus pada hal diri sendiri masih terumbang ambing dan berlagak pandai sedangkan segala apa yang diperolehi itu daripada orang lain. aku sanggat dan tersangat kecewa dengan mereka. adakah kerana aku ini terlalu kerdil berbanding mereka yang berbadan sasa, tegap, gemuk dan berisi sehingga sanggup diperlakuykan sedemikian rupa? aku sangat benci berhadapan dengan mereka. terlalu mual sehingga membuatkan aku jatuh sakit dan berharap agar mereka dipendekkan umur. aku tahu ada yang akan mengatakan aku kejam, tapi kekejaman ini adalah berpunca dari mereka. mereka yang menjadikan dan mencorakkan aku sedemikian rupa. jangan salahkan kau...!!!!!

Rabu, 10 Februari 2010

Satu Malaysia

Satu Malaysia
Telah seabad kita merasakan ia
Menerima segala pandangan dan konsepnya
Tapi masih ada yang berkelahi antara mereka
Kerana 1 Malaysia belum meresap dalam jiwa
Adakah kerana masa silam yang meghantui fikiran
Yang menjadikan mereka seperti sekarang
Sukar untuk menerima
Sukar untuk melaksana
Pristiwa lalu telah lama berlalu
Telah berabad-abad kita tinggalkan
13 mei telah puluhan usia berlalu
Wahai insan emas permata
Marilah kita raih sebuah perubahan
Dalam mengapai secebis perpaduan
Generasi seusiaku
Kita perintis perubahan
Yang akan merubah dan mewarnakan Negara ini
Menjadi sebuah Negara harmoni
Bersatu padu, berkerjasama, dan bertoleransi
Bukankah kita telah dididik dan diajar erti perpaduan
Sejak mula mengenal ABC, 123 yes and no
Baik dan buruk perlakuan
Terapkanlah nilai-nilai 1 Malaysia dalam kehidupan harian
Hanya kita yang mampu membuka dan menyedarkan
Yang lain akan pentingnya perpaduan.
Bukan bangsa dan bahasa menjadi pemisah
Bukan agama dan adat menjadi tembok penghalang
Segalanya buka halangan
Jalan di hadapan bukannya sukar
Telah tersedia panduan
Dalam konsep gagasan 1 Malaysia
Hanya hati perlu terbuka
Belajar untuk menerima bukannya untuk menolak
Kelak mereka juga yang akan membantu.

By: Asmah Juning

Jumaat, 5 Februari 2010

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."

Rabu, 3 Februari 2010

pernah dahulu

nama aku asmah. sememangnya nama ini sangat bermakna buat aku walaupun pada suatu ketika dahulu aku pernah membenci nama ini dan sering tertanya-tanya kenapa aku diberi nama sebegini. Asmah hampir sinonim sengan sebaris nama penyakit lelah iaitu "asma" cuma mungkin mana aku ada penambahan huruf "h" di hujung. masa aku berada di sekolah rendah dahulu, aku sering di tertawa dan di ajek oleh kawan-kawan perihal nama aku. "hahahaha penyankit asma!hahahahaha" sambil melakukan aksi seperti seorang yang berpenyakit asmah. aku sangat benci pada mereka. sehinggalah aku balik ke rumah dan bertanyakan pada umi "Ma kenapa saya kena bagi nama asmah..? kawan2 selalu olo saya penyakit asma. benci saya" " asmah tu nama yang atuk bagi sama kau. kau tau kenapa dia bagi nama tu sama kau? sebab dia mau kau jadi macam Dr. siti asmah...bini si mahadir tu" itulah jawapan yang umi berikan pada aku setiap kalu aku bangkitkan hal nama aku pada umi. pernah sekali ketika aku masuk ke tingkatan 1. aku masih ingat wajah lelaki itu..berbadan sederhana kecil, berambut belah tepi dan tidaklah panjang sangat, dan berada dalam tingkatan 3 ketika itu. ya...aku ingat namanya... adley kadas orang longob kota marudu. masa itu dia merupakan senior yang memberi orentasi pada kami pelajar yang baru masuk ke alam sekolah menengah. al maklumlah kalau baru masuk sekolah menengah ini, kenalah pakai tanda mana banduan....aku istilahakan ia tanda nama banduan kerana ianya terlalu besar dan semestinya nama kita yang tertera pada kertas itu juga ditulis dengan besar sekali kemudian akan di gantung pada leher setiap pelajar. huuuu aku selalu terbalikkan tanda nama itu sebab aku malu dan takut di ajek kembali seperti sekolah rendah. tapi sudah namanya pelajar baru, sentiasa dibuli oleh kakak dan abang2 senior. aku tidak berpeluang untuk terbalikkan tanda nama itu sebab sentiasa diawasi oleh adley... pada mulanya dia bertanya mana aku siapa, aku tunjukkan tanda nama aku. tidak semenah-menah dia ketawa terbahak2...aku tau dia ketawa kerana apa... ya kerana nama aku ASMAH.... perkataan yang terpacul dari mulutnya adalah "PENYAKIT ASMA" arg!!!!!! aku benci dia..... aku ke penjuru dewan dan menangis sepuasnya dan tidak mahu ke sekolah lagi. aku ingin tukar nama aku!!!! aku benci nama ini...itulah perkara yang timbul dalam kepala otak aku yang sedang marah dan geram diperlakukan sedemikian oleh mereka. ketika aku sedang asyik menangis, tiba-tiba cikgu haimin datang dan bertanyakan kenapa aku menagis...."nama saya kena olo ba, mentang-mentanglah nama saya asmah kena panggil pula penyakit asma....saya mau balik ini...inda mau pigi sekolah lagi..peduli la..." itulah jawapan yang aku beri pada cikgu haimin. lantas cikgu haimin pun membawa aku ke depan dan menyuru aku menuding jari pada lelaki yang mengajek nama aku, aku dengan bangganya menuding jari pada adley lelaki yang telah menyebabkan aku menangis pada ketika itu. adley pun dipanggil dan aku tidak sangka tindakan cikgu haimin menampar adley di depan aku hanya kerana perkara ajek-mengajek. dari saat itu tidak ada lagi pelajar yang berani mngajek nama aku. kalau ada pun aku akan doakan mereka supaya mendapat penyakit asma...kkhakhakha sungguh kejam, dengan harapan mereka akan mengingati aku sampai bila2 sehinggalah mereka pergi.
kini aku tidak pernah lagi menyesal dengan nama ASMAH kerana ianya pemberian dari atuk walaupun aku tidak jadi seperti Tun Dr. Siti Hasma. namun aku bangga dengan diri aku kini...

...sup kering atu.... kenangan dari kudui...


....sup kering atu...

kisah ini berlaku tahun 2006 when im 16 years old..im forgot about the date but still ingat masa ni exam spm bagi subjek prinsip perakaunan. (paper p.A Marvi..) hari ni turn saya jaga atu at hospital ganti pak cik muluk..bapa yang hantar saya pegi hospital..jaga orang tua ni bukannya best sangat..ya la banyak karenah..tapi itulah yang buat hati ini merasai disayangi dan menyayangi..banyak kenangan yang terbuku dalam hati dan kenangan ini ingin saya kongsikan bukan sekadar omong kosong,tapi kenangan yang mungkin tiada pada semua orang..Alhamdulillah, kenangan ini Allah beri kepada saya... saperti biasa, bila jumpa dengan atu mesti akan dihidangkan pelbagai pantun nasihat dan pantun kasih. Saya pula hanya membalas semua pantun itu dengan senyuman dan salam kasih.. (tidak pandai berpantun sebenarnya).. dalam wad tu, atu tidak la berseorangan..ada ramai pesakit yang sebaya dengan atu. Kebetulan katil sebelah atu tu juga seorang yang sudah tua..tapi Nampak seperti menanggung kesakitan yang amat sangat bila menatap wajahnya dan tubuhnya yang tidak bergerak. Hanya doa dariku untuk insan di sebelah katil atu.. selepas bapa dan pak cik muluk balik, saya dengan atu rancak bercerita..berpantun..pantun atu saya rakamkan dalam buku nota ekonomi saya..bunyinya….arggggggggg!!!!! ya Allah kenapa saya lupa pada pantun kenangan ini?? Atu, saya minta maaf..nanti saya akan cuba ingat… Tiba-tiba……. Atu : “dui, siapa lagi putih? Atu atau lelaki di katil sebelah?” (sambil membuka baju) Saya terketawa la..dalam hati “atu ni, sakit pun sempat bergurau”… Kudui : “atu la yang putih..” Ada senyuman kepuasan dimuka atu..lagipun tidak dapat dinafikan datuk yang di sebelah katil atu tu kelihatan galap bukan sedikit tapi memang hitam...tidak dinafikan juga yang atu ni memang putih..entah darah apa yang mengalir ditubuhnya…dan setahu saya atu lahir daripada pelbagai keturunan..dan yang paling tidak disangka atu juga mempunyai darah orang Philipin melalui atu wara’..(am I rite??) Tidak lama lepas tu… Atu : “dui, siapa lagi kurus?atu atau dia?..” ..ai..atu ni…sakit-sakit pun mahu juga buat pertandingan tanpa hadiah… Kudui : “atu la yang kurus..tingu dia tu badan berisi, atu ni pula kurus nda mau makan” Atu tersenyum dalam diam..saya pun tidak tau mau cakap apa-apa lagi..”kecil hati kali atu tu..” saya pun sambung baca buku nota ekonomi..tiba-tiba atu cakap………… Atu : “hensem juga atu kan..” Hahahahahahahahahaha Kudui : “hensem la ba ‘tu..napa?..” Atu : “tingu perut atu, nda besar kan..mana hensem kalau lelaki perut besar” Ya Allah..itu pula maksud senyuman atu bila saya cakap atu yang kurus..his his…^_^.. Lama kami bercerita, nda sedar sudah jam 11 pagi.. Atu : “dui, atu lapar ni..” Kudui : “oh..kejap a ‘tu, saya jumpa nurse dulu mo tanya bila masa makan..” Saya terlupa yang atu tidak suka makan makanan hospital..atu cakap nda sedap..kurang garam la..banyak la rungutan atu.. Kudui : “nda lama lagi masa makan ‘tu..kejap a..” Atu : “atu nda mau makan makanan di sini..nda sedap..atu mau makan sup kering” ………sup kering…!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aduh apa pula makanan yang atu mau ni… Kudui : “ok ‘tu..nantu saya beli a..” Atu : “ambil duit di dompet atu 10 ringgit..” Atu memang macam tu..selagi atu ada duit, atu nda mau guna duit orang lain..atu nda mau susahkan orang lain.. itulah datuk yang penyayang..saya apa lagi..otomon betul la…ya la duit saya tidak berkurang pun..(cucu yang baik ka ni?? Maafkan saya ‘tu) Dalam perjalanan ke kantin, saya berfikir..apa ni sup kering??? Risau bercampur geram…saya pun pegi public phon (almaklumlah,masa ni belum ada phon lagi..ai’so si’in pomoli) 088663xxx Tut tut tut tut tut tut tut tut…. Erna : “hello” Kudui : “assalammualaikum na..” Erna : “waalaikummussalam..napa dui? Atu macam mana?” Kudui : “ok juga atu. Atu lapar dia bilang..” Erna : “ba, ko beli la makanan untuk atu. Atu tu nda suka makanan hospital tu” Kudui : “mau beli la ni..tapi atu mau sup kering” Erna : “sup kering !!!???” Kudui : “ia…macam mana tu na…nda saya tau” Erna : “ai na dui, along pun nda tau juga tu..ko cuba tanya la di kantin..” Kudui : “ba ok…assalammualaikum” Erna : “wa’alaikummussalam” Saya pun pegi la kantin yang dibelakang tu..dekat flat..jauh juga..saya pun bertanya la… Kudui : “ada jual sup kering?” (tidak tahu mahu panggil apa..tuan kedai ni orang india..lelaki pula..panggil pakcik, nanti tidak kena..panggil abang, geli pula..mau panggil “enne” takut kena lasing…hahaha) Tuan kedai : “sup kering??mana ada jual..baru dengar itu macam makanan” Kudui : “oh..tidak apa la..terima kasih..” Risaunya niiiiiiiiiiiiiii….saya pun baru juga dengar sup kering tu..”apa la atu ni..ada banyak makanan lain, sup kering juga yang dia mau..” merungut dalam hati… Saya pun pegi public phon balik.. 088663xxx Tut tut tut tut… Mama : “hello” Kudui : “assalammualaikum ma..” Mama : “wa’alaikummussalam..napa dui? Atu kamu suda makan ka? “ Kudui : “ini la ni..mau mencari sup kering untuk atu..mana ada jual..” Mama : “..sup kering !!??????? apa tu?” Kudui : “enta..atu cakap tadi atu mau makan sup kering. Saya ada pigi di kantin yang dekat flat tu tapi dia pun nda tau sup apa tu..” Mama : “hahaha…ko beli ja la mee goreng..mee goreng kali maksud atu kamu tu..” Kudui : “ba..ia la..saya beli dulu la..assalammualaikum” Mama : “wa’alaikummussalam” Saya pun pegi di kantin yang dekat wad bersalin tu..dekat sikit la..harga boleh tahan tapi duit atu juga kan..(jahatnya cucu atu ni) Kudui : “assalammualaikum mak cik..saya mau mee goreng ayam satu” Mak cik : “bungkus ka nak?” Kudui : “iya..” Lama menunggu…lapar la atu dalam wad tu… Mak cik : “nah nak, 4 ringgit” Kudui : “makaseh makcik” Saya pun berjalan la dengan hepynya dapat beli makanan untuk atu..tapi risau juga, inikah sup kering yang atu mau tu…?? Harap-harap inilah sup kering tu.. Dalam wad………… Kudui : “hai ‘tu…nah sup kering yang atu mau” Atu ambil bungkusan tu sambil dahi berkerut..ada riak yang tidak enak dipandang… Atu : “..ini bukan sup kering..ini mee goreng..atu mau sup kering juga..pegi beli balik..ambil duit di dompet atu..” Kudui : “bukan ini ka ‘tu??” Atu : “bukan” Aduh…..menangis juga saya akhirnya..1 sedih sebab nda dapat penuhi kehendak atu..2 sedih sebab penat berjalan…(pemalas kan…)..tapi saya tidak ambil duit di dompet atu..ada ladi kan 6 ringgit baki… Dengan linangan air mata, saya pegi di public phon… 088663xxx Tut tut tut tut tut… Erna : “hello” Kudui : “assalammualaikum na..” Erna : “wa’alaikummussalam..ada juga jumpa sup kering meh? umi suru beli mee goreng kan tadi..atu mau juga??” Kudui : “atu cakap, itu mee goreng, atu mau sup kering juga..mana saya tau na..” Erna : “ai na..along pun nda tau tu dui..ko cuba beli sup ayam la” Kudui : “ba..saya beli sup ayam ja la..ok na, assalammualaikum” Erna : “wa’alaikummussalam” Saya pun pegi di kantin yang sama tadi…dalam hati ada sesalan yang teramat sangat..sedih….atu, sabar la ya tu…saya akan usaha cari sup kering juga… Kudui : “mak cik, saya mau sup ayam 1..bungkus a..” ..saya duduk…ai… sekejap saja pula mak cik tu buat sup ayam… Mak cik : “nah nak. 3 ringgit” Kudui : “makaseh mak cik..boleh pinjam mangkuk dengan piring ka makcik? Nanti saya hantar balik juga.” Makcik : “boleh” Saya pun balik pegi wad…ya Allah, semoga inilah sup kering yang atu mau walaupun sup ni basah.. Dalam wad………… Kudui : “hai ‘tu…nah, sup kering…” (sup basah ba ‘tu..) Atu ambil sup tu tanpa kata apa-apa..saya pun tertanya-tanya la..hanya memerhati atu di jarak yang dekat..atu buka getah yang mengikat plastic sup…atu kasi keluar mangkuk dan piring dari plastic tadi..atu tuang kuah sup ke dalam mangkuk, mee pula atu letak dalam piring…atu tersenyum….saya pula masih tertanya-tanya… tiba-tiba…………. Atu : “ini baru la sup kering…..nah, ko ambil la kuah ni..atu makan mee sup saja” Menangis dan tersenyum saya……………itu rupanya sup kering yang atu maksudkan…. Atu : “mana mee goreng yang ko beli tadi dui?? Ko makan la tu mee goreng..ambil la ni kuah sup..kalau ada duit baki, ko ambil saja..tapi jangan bagi tau siapa-siapa.” Kudui : “makaseh ‘tu…” Ingat juga atu dengan saya..atu memang macam tu, tidak suka makan sorang-sorang…kalau boleh, makanan yang sedikit pun atu mau kongsi.. soal kewangan pun atu tidak kedekut..Tapi saya tidak ambil duit baki tu…saya simpan balik dalam dompet atu…(cucu baik juga ba saya ni ‘tu..) Selesai makan, saya pun hantar semula pinggan dan mangkuk yang saya pinjam..sempat juga singgah di public phon.. 088663xxx Tut tut tut tut tut.. Erna : “hello” Kudui : “assalammualaikum na..suda atu makan..ko tau sup kering tu apa??” Erna : “apa dui” Kudui : “atu kasi lain kuah dengan tu mee…yang mee tanpa kuah tu la sup kering yang atu maksudkan..itu kuah dengan mee goreng ayam atu suru saya yang makan..” Erna : “ya Allah..atu ni…lucu juga..” Kudui : “itu la ba..ok la na..saya tingu atu dulu..assalammualaikum” Erna : “wa’alaikummussalam” Kini, tiada lagi atu disisi.. Pergi untuk selamanya.. walau digali tanah semula, Walau diredah lautan api, Walau daki gunung tertinggi Semata untuk mencari atu… Tidak kudui….kau tidak akan menemuinya lagi.. Tidak sama sekali.. Tapi yakinlah, doa itu la yang atu perlukan… ..hilangnya tiada… 28/12/2009, 12.45am… Disisinya untuk saat yang terakhir Tidak terlintas untuk berenggang Perginya buat selamanya.. Kenangan itu tetap di hati selamanya.. Ya Allah, tempatkan atu dalam kalangan orang-orang yang beriman…



OSMAN @ LINGGIN @ BASALIN BIN ALIT(permata yang hilang)


Oleh: Haryati Juning