Khamis, 18 Mac 2010
hidup
azman, nama yang sinonim dalam kamus hidupku. aku mengenalinya ketika aku di bangku sekolah menengah lagi. perkenalan kami mungkin sudah ditakdirkan ataupun sekadar untuk menguji aku. memori perkenalan itu masih segar dalam ingatan aku. "Kenapa kamu tak buat latihan betul-betul. Kamu ingat latihan ini untuk main-main saja ya" marah aku pada azman suatu latihan tarian waktu petang di dewan sekolah "Aku sakit kaki la..hehehehehe kan..mat" seloroh azman pada aku. Lantas tidak semenah-mnah botol air kosong yang aku pegang ku hayun mengena belakang azman. tidak cukup dengan itu, aku memukul lutut kakinya "Aduh!!!!!Aduh!!!!...hey bodoh sakit la" azman terduduk di atas tangga pentas sambil melihat lutut kakinya yang berdarah. aku terkesima melihat lututnya yang berdarah, aku sangkakan ianya cuma main-main sahaja memandangkan cara dia menerangkan pada aku tadi seperti berseloroh. aku jadi serba salah pada azman. aku pun keluar dari dalam dewan, dan latihan tamat sampai di situ. aku jadi serbasalah, sepanjang perjalanan pulang ke rumah hati aku dan perasaan aku bercelaru. kenapalah aku bodoh sangat. itu la akibatnya terlalu ikutkan rasa hati yang marah. azman pun salah juga, latihan bukan untuk main-main. lagipun penyampaian hadia tidak lama lagi, kumpulan kebudayaan akan buat persembahan. aku selaku ketua kumpulan tidaklah mahu persembahan itu nanti jadi cikai2. nanti memalukan persatuan pula. malam itu aku menulis sepucuk surat kepada azman. " Azman, saya minta maaf atas kejadian petang kelmarin. saya tidak tahu lutut kamu itu benar-benar luka. kerana sikap kamu petang itu seperti budak-budak yang sedang main. sedangkan kita kena buat persembahan pada hari penyampaian hadiah. saya memang serius dalam latihan, kalau masa main kita akan main, tapi masa latihan kita kenalah serius. apa pun, saya minta maaf sangat-sangat. saya tiada niat untuk buat lutut kamu itu berdarah." demikianlah sepucuk surat pertama yang aku layangkan pada azman. keesokan harinya aku meminta usu untuk sampaikan surat tersebut pada azman. syukur surat aku sampai pada azman. petangnya sesi latihan tarian pun bermula, aku lihat azman di sudut dewan bersama mat. aku tahu dia marahkan aku lagi walaupun aku sudah mengutus surat kemaafan padanya. walau apa pun latihan harus diteruskan. alhamdulillah perjalanan latihan tarian petang itu berjalan dengan lancar. seawal pagi keesokan harinya, usu berjumpa dengan aku di kelas 3 akasia, usu membawa sepucuk surat dari azman. "Saya terima maaf kamu, walaupun lutut saya masih bengkak. saya tahu salah saya juga sebab main-main masa latihan. saya juga minta maaf. harap kita akan lebih berkerjasama nanti demi pementasan kita." demikianlah surat yang diutus oleh azman. sejak dari itu aku sering berutus surat dengan azman dan semestinya usu menjadi pernantaraan antara aku dan azman. lagi pun kelas aku dan azman berjauhan, dia di tingkatan 4kemanusiaan 1 bersebelahan dengan kelas usu, 3 seroja. sering berutus surat membuahkan bibit-bibit cinta diantara aku dan azman. setiap kali latihan aku dan azman akan menjadi pasangan tarian. sehinggalah suatu hari azman mengutus surat pada aku " as, apa khabar? Azman harap as sihat-sihat pagi ini. tujuan azman melayangkan kertas ini adalah untuk menyatakan yang azman cintakan as. azman tahu mungkin azman ini tidak layak untuk as memandangkan azman ini orang miskin berbanding as yang senang. walau bagaimanapun, bagi azman harta bukanlah ukuran untuk mencintai seseorang. azman tidak memaksa as untuk terima cinta azman. as fikirlah semasak-masaknya" sungguh berbunga hatiku apabila mendapat perkhabaran dari azman bahawa dia cintakan aku, aku bukan bertepuk sebelah tangan rupanya, dan aku tidak segan silu untuk menerima cintanya. begitulah cinta monyet zaman persekolahan. asal suka sama suka terus menjalinkan cinta. percintaan aku dan azman betahan sehingga aku ke tingkatan 6 rendah. selama tempoh itu, pelbagai ujian yang aku tempuhi, pelbagai sikap azman yang aku temui. namun kerana sayang dan cinta aku talan segala kepahitan itu walaupun aku sebenarnya tersiksa. "aku tidak benarkan kau sertai rombongan sekolah ke kudat! kalau kau ikut juga, maka putuslah hubungan kita sampai di sini" "Tapi itu kan rombongan lawatan sambil belajar, takkan itu pun azman tak benarkan?!" "Aku tak kisah rombongan sekolah ka, apa ka, yang pasti kau tidak mahu kau pergi, aku tidak mahu kau di urat lelaki lain!" begitu sekali amarah cemburu yang ada pada diri azman. segala aktiviti seni dan sekolah yang aku sertai dibantahnya keras-keras. aku tidak tahu kenapa aku tidak berani melawan dan membantah segala katanya. pernah sekali aku ingin mengikuti pertandingan puisi peringkat negeri, itu pun dimarahinya. namun atas pujukan aku, akhirnya dia akur untuk lepaskan aku pergi walaupun aku tahu dia sebenarnya marah. dia mengemukakan syarat pada aku agar ini adalah kali terakhir dan kau tidak boleh mengikuti mana-mana pertandingan lagi. walaupun itu adalah suatu yang membunuh minat aku, kerana cinta aku akur. akhirnya aku berhenti setakat itu. sangat buta cinta ketika itu sehingga yang baik disangka buruk dan yang buruk dianggap baik.
Rabu, 10 Mac 2010
ujikaji
entah kenapa hari ini aku teringin nak cerita pasal ujikaji. selalu kita dengar zaman teknologi sekarang ini amat canggih sampai buat anak pun pakai tabung uji. ujikaji juga namanya tu. tapi dorang saintis2 tu tak fikir ka kesan ujikaji ini? tak kira la kesan pada siapa, manusia ka, haiwan ka dan segala makhluk la yang sewaktu dengannya. bangun pagi tadi aku teringat pasal dpli dan kpli. aku bersyukur aku dapat metest untuk kpli. walau macam mana pun, aku masih trpikir dan ada jugalah bengang sikit dengan perkataan ujikaji ini. aku bengang bukan apa, ada kawan nie yang memang berharap sangat dapat blajar tinggi, untuk dapatkan jaminan masa depan keluarga alih-alih ijazahnya tak di iktiraf kementrian pelajaran. apa yang aku bengang sangat nie, adakah bila di ajukan persoalan kenapa tidak di iktiraf, mereka bole jawab yang bahawa pelajar yang belajar pada tahun itu adalah bahan ujikaji pihak kolej untuk menentukan sama ada pihak kolej boleh mndapatkan pengiktirafan kpm..Naaaa bebunyi sudah....pinjaman bukan main besar lagi...bila da habis...mula la surat beduyun2 datang minta bayar balik...sedangkan sijil ijazah tu tak diiktiraf...macam mana nak cari kerja...ibu bapa berharap sangat anak dapat bantu bila habis belajar dapat kerja yang bagus, ada gaji bulan2, tempat kerja pun tidak panas macam mereka. tapi bila dengar perkhabaran macam tu, tak ka luluh hati ibu dan bapa. susah payah sekolahkan anak...alih-alih macam bgitu kejadiannya. kebanyakan yang tertipu adalah orang-orang kampung khususnya dari sabah ini sendiri. sebab kawan aku ini memang dari sabah. satu negeri dengan aku. kesian aku tengok dia... saban hari membanting tulang bantu ibu dan bapa nya di kebun. ada ijazah tapi tak di iktiraf. kenapalah orang sabah selalu ditipu macam tu. sekarang aku dan kawan-kawan juga mengalami nasib yang sama. kami dijadikan ujikaji dengan adanya sem pendek, dan praktikal 6 bulan. sebelum praktikal kami dijanjikan ada elaun...dan dihantar ke semenanjung untuk praktikal. wahhhh!!!! sampai sekarang kami tidak dapat sesen pun duit elaun untuk kami tampung kehidupan di bandar K.L. tu la nasib diri....sentiasa ditindas. harap suatu hari nanti mereka2 yang menindas tu akan rasa juga la persaan macam nie.
Langgan:
Catatan (Atom)