Selasa, 23 Februari 2010

tangis di pipi ini bukan kerana mereka
tapi kerana diri yang hina
tangis ini bukan kerana dia
tapi kerana aku yang bodoh
tangis ini buakan kerana kamu
tapi kerana diri ini yang tak mengerti
tangis ini buakan kerana awak
tapi kerana diri ini yang kerdil..
telah sirna segala harapku
mengharung hidup yang kian
gelap-gelita tanpa cahaya lagi
tidak ku pinta akan jadinya
tidak ku duga akan datangnya
kasih yang ku beri
racun yang ku terima
mengapa ini terjadi..
dalam hidupku yang kecil dan kerdil
salahkah aku
silapkah aku
mentafsir makna kehidupan
makna sebuah cinta
aku semakin hilang arah hidup
hitam telah menyelubunginya
mohon kembali namun tak daya
ia tak akan datang kembali...
dalam hayatku ini....

Isnin, 22 Februari 2010

karangan kudui

"saat akhir menatap wajahnya.."Kongsi
Hari ini pada pukul 1.32 ptg
..”pertemuan terakhir”..
..pagi ahad..27/12/2009..
Hari ini saya dengan kawan saya, Sue pergi ke Kota Marudu mencari kain untuk buat tudung labuh. Tapi sedihnya pak cik yang menjual kain tu tidak menjual lagi atau pun mungkin bercuti. Selepas tu, saya dan sue pun pergi ke masjid at’taQwa untuk menunaikan solat zohor. Rancangan mahu balik tapi tiba-tiba hati ini terlalu rindu seseorang..rindu yang mendalam buat atu tersayang..saya pun ajak sue melawat atu di hospital Lotong..

Kudui : “assalammualaikum..macam mana keadaan atu?”

Aunti Jubida : “macam biasa la dui,tidak berubah”

Di luar perkarangan hospital kelihatan mama, pak cik Mokau, aunti Abit, Umi muda, aunti Naime, aunti ipa, mak ngah dan ramai lagi keluarga yang setia menanti atu. Saya dan sue meneruskan langkah ke wad lelaki.

Kudui : “assalammualaikum nek”

Nenek Rukinang : “waalaikummussalam dui..sepa kawan ko pegi sini dui?”

Kudui : “saya dengan c sue ja ni’..kebetulan pigi tamu tadi. Macam mana atu ni’ ?

Nenek Rukinang : “enta la dui, susa nini’ mau cakap..”

Bicara terhenti setakat itu. Melihat keadaan atu yang semakin tenat. Lawatan kali ini membuat hati benar-benar rasa seperti kaca yang jatuh dan berderai. Ada rasa sedih yang mendalam.. melihat tekanan darah atu yang semakin menurun. Dalam hati berkata, mungkin hari ini yang terakhir aku menatap wajah atu yang masih bernafas..Alhamdulillah diberi kesempatan.

Selepas mengambil air wudu’, saya dan sue pun mula membaca yassin buat atu. Sebelum balik ke rumah, saya sempat membersihkan badan atu..lap badan atu menggunakan tissue basah dengan linangan air mata..saya tahu atu paling tidak suka bila ada orang yang sedih kerana dia..itu yang kakak saya ( eyna junn @na ) cakap dulu. Tapi saya tidak dapat menahan semua tu. Ah!!!!!!!!!!!! LEMAH!!!!!

Bersalaman dengan atu, mencium tangan yang kini sudah tiada dan tidak mungkin saya dan yang lain dapat menciumnya lagi.. sebelum pulang ke rumah, mama berpasan…

Mama : “dui, suru bapa kamu kasi bersih tu kereta van. Persediaan untuk angkat atu kamu kalau palis-palis tiada suda. Lagi pun, kamu sendiri yang nampak atu kamu macam tiada harapan suda kan.”

Aduh!!!!!!!!!!!!!.. yang lain pun berpesan yang sama. Menyuruh kami semua bersiap sedia. Mengemas rumah atu’ di rasak. Seperti semua ahli terdekat merasa saat-saat kehilangan itu. Saya terus memandu dan singgah ke kedai untuk membeli top up untuk mak ngah. Menghantar sue ke rumah dan terus ke pekan mengambil kakak ( asmah puteri @ odea) yang menjual menggantikan mama.

Saya memberitahu keadaan atu’ yang semakin tenat kepada odea. Pemberitahuan itu disambut dengan muka yang kusam. Saya tahu apa yang ada dalam hatinya dan hati seluruh keluarga kerana saya juga seperti itu. Usai mengemas barang jualan, kami bergegas ke rumah.

Setiba di rumah, kereta Van sudah tersedia. Berat rasanya kaki ini melangkah masuk ke rumah. Sakit hati ini bila terpaksa membohongi iyai (nenek) tentang keadaan atu’. Belum turun dari kereta, sekujur tubuh yang sudah tua berdiri di depan pintu menanti perkhabaran atu’ itulah iyai..

Iyai (nenek), seorang yang sangat setia terhadap suami tercinta walaupun ianya tidak berkekalan. Namun, dipegang janjinya bahawa biarpun rumahtangga yang dibina oleh iyai dan atu tidak berkekalan, tapi kasih itu tetap ada..untuk selamanya..

Iyai : “kumukuro no e Linggin”

Aduh..perlukah untuk saya terus membohonginya lagi.. tapi tidak sampai hati ini melihatnya sedih dan menangis. Namun, membohonginya cukup membuat hati ini sedih.. saya hanya menjawab dengan anggukan. Anggukan saya dibalas “ooo”. Saya tahu, iyai meminta jawapan suara bukan anggukan.

Kudui : “tenat sudah atu na..”

Hanya itu yang mampu dikatakan..

Erna : “tenat sudah?” meminta kepastian.

Kudui : “iya”

kami sekeluarga bersiap untuk melawat atu di hospital. Semasa bersiap, iyai mengajukan soalan yang sama bertubi-tubi..

iyai : “orina, kumukuro no e linggin oi?”

kali ini soalan diajukan kepada erna. Soalan yang tidak mungkin dapat dijawab dengan tepat kekadang penuh pembohongan. Bukan kerana kami ini cucu yang jahat. Tetapi kami tidak sanggup melihatnya bersedih dan menangis malah pembohongan yang kami khabarkan sebenarnya membuat hati ini retak seribu bahkan berjuta. Kali ini saya dapat melihat kerisauan dalam wajahnya untuk menjawab soalan iyai. Erna berlalu begitu sahaja tanpa kata. Mendekatiku dengan wajah yang menanggung kesedihan tetapi tidak terzahir oleh kata-kata bahkan tangisan.

Erna : “macam mana ni dui, along nda sudah sanggup kasi bohong si iyai. Kesian si iyai ba dui. Takkan kita terus mau kasi bohong si iyai dalam keadaan atu tenat sekarang?”

Kudui : “iya la. Kesian si yai. Kita kasi tau saja la c iyai a na.”

Erna : “ba. Ko bagi tau la”

Kudui : “kita sama-sama”

Kami pun menghampiri iyai. Mengkhabarkan yang sebenar-benar khabar atu di hospital. Jalas khabar itu membuat iyai menangis. Cucu mana yang sanggup meihat nenek yang menangis dan bersedih.

Iyai : “mongoi kou kambagu gam sid hospital no?”

Kudui : “o yai. Mongowit a van”

Iyai : “maya oku ki dui. Sumambat aku e linggin. Kasambat oku po insan bo. Maya oku ki”

Dengan linangan air mata itu, iyai memujuk untuk dibawa bersama ke hospital. kami setuju walaupun ramai anak iyai yang tidak mengizinkan untuk kami membawanya. Hanya satu sebab kenapa anak-anak iyai tidak mahu mengizinkan, takut darah iyai naik lagi. Namun, permintaan itu tidak mampu dan tidak sanggup untuk ditolak kerana semenjak atu dimasukkan ke hospital, iyai tidak pernah melawat atu.

Kudui : “o..nga kada no mogiad ki yai. Mesti kuat!!”

Jam 5.30 petang kami bertolak. Cepat langkah iyai berjalan menuju ke kereta. Bersemangat walaupun sakit. Semasa memimpin tangan iyai di tangga rumah, tersentuh dengan kata-kata iyai……

Iyai : “ong tulun suai bo dui, ong nokopiada amu no mi’e’entong. Ong yoku, okon ugu dino. Tatap sid ginawo ku.”

Terasa kuasa cinta iyai terhadap atu tetap utuh!! Subahanallah..

Sepanjang perjalanan, hati ini tidak henti berdoa semoga kesakitan atu dipermudahkan oleh Allah. Meminta dipermudahkan saat sakaratul maut.. Allahu Allah..

-hospital Lotong, Kota Marudu-

Dengan langkah yang penuh cinta dan sayang, kami tiba di pintu wad lelaki. Kehadiran kami disambut dengan pertanyaan yang bertubi-tubi.

Umi Muda : “aduh, kenapa iyai dibawa. Kan iyai sakit”

Mak Ngah : “ia, kenapa kamu bawa iyai?”

Anti Abit : “ia, si iyai. Na..naik la darah si iyai ni”

Mama : “kenapa kamu bawa si iyai?”

Anti Suana : “ Biarlah ba si iyai tu. Kesian juga dia, tida tetingu bapa”

Mujurlah anti suana menbela. Dengan pembelaan itu, kehadiran kami kembali disambut dengan pujian atas tindakan itu. Malam ini, katil atu telah dipindahkan dekat dengan tingkap dan katil sebelah atu dipindahkan ke ruang yang lain. Oleh itu kami mendapat ruang yang lebih besar dan selesa untuk kami membaca yasin beramai-ramai.

Iyai menghampiri katil atu dengan linangan air mata..
Iyai : “o linggin, osian ko diti. Arapon nopo awawasi ko no. mokimaap oku tu ajarang mongoi siti. Yoku nga sumakit e.”

Tangisan semakin kedengaran, esakan semakin menjadi. Cepat anak-anak iyai menenteramkan. Menenteramkan dalam masa yang sama kami semua masing-masing mengesat air mata. Sedih dengan luahan seorang bekas isteri yang kasihnya sehingga kini dan selamanya.

Jam 7 malam, iyai dihantar pulang ke rumah ditemani erna dan kundung. Saya dan odea berada di hospital untuk menjaga atu. Di hospital, lidah ini tidak henti berdoa. Membaca yasin yang entah keberapa kalinya disusuli dengan zakit dan selawat. Kalimah syahadah, sentiasa dibisikkan ke telinga atu.

Selepas solat maghrib yang sudah dihujung waktu, saya kembali ke sisi atu. Tapi kali ini, ada jururawat disisi atu. Mencucuk jarum di tangan atu. Sekali jarum , dikeluarkan semula. Digantikan dengan jarum baru, tangan atu dijarum semula. 5 saat selepas itu, jarum dikeluarkan semula. Menangis melihat tangan atu yang menjadi makanan jarum. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali tangan yang sudah tidak mampu bergerak itu dicucuk jarum. tidak terhitung jarum yang mengena ditangan atu.

Jam 9 malam, kaki atu semakin mengembang. Tekanan darah semakin menurun. Denyutan nadi seperti biasa mungkin kerana bantuan oksigen. Tidak ada tindak balas bila tangan kami bersentuhan. Mata terpejam sentiasa. Disaat inilah hati mula merasakan rindu. Rindu tangan ini digenggam seperti kelmarin. Tapi malam ini, semuanya berubah.

Jam 10, masih berada disisi atu bersama mama, mak ngah, umi muda, anti naime, pak cik muluk dan odea. Cucu atu apik, boboi, adi, ayip berada di luar hospital. Merehatkan diri. Mereka inilah yang menjaga atu bermula jam 10 malam hingga jam 7 pagi semenjak atu dimasukkan ke hospital. Malam ini, membiarkan mereka berehat. Giliran kami yang menjaga. Anti Abit dan pak cik mokau balik ke rumah kerana keadaan anti abit yang tidak berapa sihat. Anti sauna dan anti ipa terpaksa balik kerana mempunyai anak yang masih kecil. Niat di hati mereka tidak mahu meninggalkan atu, tapi apakan daya. Nenek rukinang pun dipaksa pulang ke rumah kerana tekanan darah yang tinggi.

Jam 11, odea pergi merehatkan diri dalam kereta bersama nabila dan kawannya. Yang berada disisi atu saya, mama, mak ngah, umi muda, anti naime dan pak cik muluk. Masa yang ada kami penuhkan dengan doa, bacaan yasin dan bisikan kalimah syahadah. Keadaan atu tidak berubah, malah mesin tidak dapat mengesan tekanan darah atu. Sesekali saya mengosok-gosok tangan atu, meraih balasan. Tatapi itu mustahil. Kaki atu yang mengembang sedikit mengecut.

28/12/2009 : Jam 12.01 AM, kami bercerita tentang atu. Mengenang kembali saat atu masih kuat dan bermaya. Atu seorang yang suka berpantun. Berjumpa dengannya pasti akan dihidangkan dengan pantun nasihat. Hari terakhir berpantun dengan atu pada 24/12/2009 semasa atu sedang sakit. Erna yang membuat pantun, saya dan kundung yang membisikkannya ke telinga atu. Walaupun suara atu tidak didengar, tapi kami yakin atu sedang membalasnya. Berpantun bersama linangan air mata. Bergurau bersama atu. Masih ingat masa itu, atu menarik-narik tangan odea seperti mahu membawanya pulang. Masih ingat dialog ini

Erna : “ tu’, kalau atu haus atu genggam tangan c odea”

Atu menggenggam tangan odea. Tahulah kami atu sedang kehausan. Saya memberi atu minum..

Erna : “ tu’, kalau atu kesejukan atu kasi goyang kaki”

Atu menggoyangkan kakinya. Hampir serentak kami ketawa.. erna dan kundung la yang menyelimutkan kaki atu. Cemburu bila atu tidak mahu melepaskan genggaman tangan odea. Tapi, odea tidak diberi kesempatan untuk mencium tangan atu masa itu kerana atu merajuk sayang dengan odea. Siapa suruh mainkan atu..

28/12/2009 Jam 12.25 AM, atu kehabisan oksigen.. pak cik muluk menolong mengangkat oksigen baru untuk atu. Hati saya semakin resah dan seperti saat bersama atu tinggal sedikit. Jam 12.30 oksigen baru telah dipasangkan. Sempat membisikkan kalimah syahadah ke telinga atu. Masa berlalu begitu pantas, jururawat sempat mengatakan “sudah tidak ada harapan. Kamu baca yasin dan berdoa sahaja la”..
ADUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.. apa makna semua tu…air mata deras mengalir..nadi masih berdenyut tetapi lemah walaupun dengan bantuan oksigen..

Bermula dengan 80 denyutan, menurun mendadak kepada 40 denyutan..dalam hati mengatakan

“atu di ambang sakaratul maut”..bisikan kalimah Allah di telingah atu, semoga itu membantu atu..

Denyutan semakin menurun..30…….28…..25…..

28/12/2009 Jam 12.45AM…..
Denyutan tiba-tiba berhenti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Allahu Allah………………….benarlah janjiMU.. setiap yang hidup pasti akan MATI…

Atu telah kembali kerahmatullah..lemah diri melangkah..menangis… diri yang lemah ini dipeluk dan ditenangkan oleh adik bungsu (apik)

Yang lain segera mengkhabarkan kesedihan kepada semua keluarga yang dekat mahupun yang jauh..

Jam 1.30 AM, lebih kurang 15 kenderaan yang menanti diluar perkarangan Hospital. Jenazah atu dibawa menggunakan van. Boboi yang menjadi pemandu dan ada beberapa yang menjaga jenazah atu di dalam van. Saya dan odea menjadi kereta pertama di hadapan diikuti kereta van dan kerata keluarga yang lain.

Jam 2.30 AM, sampai di kediaman atu. Jarak yang dekat mengambil masa yang lama untuk sampai kerana kami memandu kereta dengan kelajuan 20 km/j bagi meringankan kesakitan jenazah atu.


“Damailah atu di alam sana..kami akan menyusul atu tetapi masanya tidak tahu tetapi kami yang hidup yakin bahawa MATI itu pasti dan MATI lah yang paling dekat dengan manusia”


..perjalanan ini permulaan bagi atu dikehidupan yang kekal abadi...ingatlah kita juga akan menyusul..sudahkah kau bersedia???..

dendam

mengapa manusia serindkali memandang dendam itu pada sudut nagetif? dalam laman facebook aku, aku ada menyatakan bahawa aku mendendami seseorang... bertubi2 nasihat yang aku dapat berserta sunnah nabi, hadis nabi, tafsir al-quran, dan macam-macam lagi. terusbagi komen yang boleh di katakan membina tapi pada aku ianya terlalu melulu bagai nak rak...melaluikomen2 tu aku dapat simpulkan bahawa mereka memandang dendam tu ke arah nagetif sedangkan mereka mengkehendaki aku untuk berfikiran positif... aku hairan....kenapa tak bertanya....pada empunya diri bahawa dendam tu ke arah apa? nagetif tau tak....kalau nagetif memang wajar la nasihat2 seperti yang dinyatakan tu. tapi aku masih boleh rasional...aku belum gila dan sampaike tahap murtad dengan dendam.. astgfirullah halazim.... macam tu la pemikiran manusiayang merasakanmereka berada di pihak benar dan bagi aku merasakan diri ok.aku cuma mampu mengatakan ok dan bukansempurna kerana yang sempurna itu adalah nabi muhammad dan Allah swt. tapi mereka silap... memberi nasihat tanpa usul periksa... tanpa mendalami diri si pemasalah. kalau begini la pendekatan dakwah dalam menyebarkan agama Allah SWT... aku rasa ianya tidak akan berjaya. hadis yang diutarakan dalam membeeri nasihat dan pandangan pada orang yang jahil pada agama hanya akan mejadi melepaskan batuk di tangga.. sebaliknya dalamilah isihati mereka, masuk la dalam hidup mereka (yang baik-baik)agar kita tahu pendekatan apa yang perlu di gunakan.jika mereka alimulama,hadis menjadi makanan yang sempurna namun jika mereka seperti aku...carilah pendekatan baru...baru islam boleh maju...

Khamis, 18 Februari 2010

suatu hari

suatu hari aku bertemu dengan seorang sahabat yang telah lama aku tidak temui setelah tamatnya pengajian aku di sekolah rendah. aku bertemunya di sebuah perhentian bas. pada mulanya aku tidak dapat mengecam wajahnya. al-maklum sajalah sudah hampir 10 tahun terpisah baru kini bertmu. wajah yang dahulu comot, kening tak terurus, rambut tak berstail dan semestinya pakaian ala kampung dan kini berubah dari hujung rambut shinggalah hujung kaki. dia semakin menarik dan bergaya. kalau dibandingkan aku dengan di, pasti jauh sekali bezanya. dia kini berkerja di sebuah kedai saloon. em...tidak hairanlah jika dia pandai bergaya dan merias wajah. aku ketika itu hanyalah berbaju kurung dengan rambut yang disanggul, dan wajah tanpa make up. hanya alas bedak yang nipis sahaja. aku boleh katakan diri aku ketika itu persis seperti makcik yang jual sayur di pasar. ketika aku berbual dengannya gaya percakapannya tidak lagi seperti dahulu, namun kelincahannya masih seperti itu. memang benar kata orang penampilan boleh di ubah namun sifat dan tingkah laku memerlukan masa yang panjang dan hidayah dari yang Maha Esa. walaupun begitu dia tidak sombong, malahan masih mengingai aku. lama aku berbual dengannya, dan aku sempat bertanyakan tentang hidupnya kini dan sebelum ini. sesungguhnya aku bersyukur pada ilahi kerana diberi keluarga yang sempurna. dia kini hidup sebatang kara dan berdikari sendiri setelah orang tuanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. dia mrupakan anak tunggal dalam keluarganya. setelah kepemergian orang tuanya dia merasakan perjalanan hidupnya terlalu sunyi dan sukar untuk membisakan diri dengan keadaan sedemikian. namun begitu, dia gagahi jua dirinya untuk terus melangsungkan hidup ini tanpa adanya insan yang tersayang...
bersambung....

Selasa, 16 Februari 2010

praktikal?

adakah ianya jalan terbaik melatih pelajar ipta/s untuk berhadapan dengan suasana kerja? bagi aku ianya akan jadi terbaik sekiranya sektor yang ditmpatkan itu merupakan sektor yang berprestasi baik berbanding sektor lain. namun apa yang malang bagi pelajar praktikal apabila berhadapan dengan suasana kerja yang diharapkan tidak seindah khabar yang didengar malah mengajar dan memperlihatkan pelajar bahawa suasana kerja tersebut sangat mendukakan. adakah kerana usia pekerja dalam sektor tersebut sudah lanjut? ataupun yang jelas terlihat adalah gila kuasa? sehingga ada crmin yang memperlihatkan sikap manusia "TIKAM DARI BELAKANG" dan "TALAM DUA MUKA". setahu aku talam lagi cantik muka depan dan belakangnya. jika talam boleh berkata-kata pasti ia akan mencarut dengan sikap manusia sehingga talam dijadikan mangsa dalam memberi gelaran yang maha agung pada manusia yang BERMUKA TALAM.

hidup atau mati

antara hidup atau mati, aku pun tidak tahu mana yang terbaik. untuk hidup aku sudah jemu dengan karena manusia. plbagai ragam dan sikap. terkadang ianya sangat menyakitkan hati.sehingga membuatkan kita berfikir untuk mati adalah jalan terbaik. namun untuk mati aku tahu amalan dan taubat belum cukup untuk di jadikan bekalan menghadap tuhan yang maha esa. semua ini timbul kerana sikap manusia yang sangat memualkan dan menyakitkan hati. berbicara tentang manusia, mengapa seringkali kita bertemu dengan manusia yang menyakitkan hati dan membuatkan kita mual? mengapa kita depertemukan dengan mereka? aku sangat benci dengan sikap2 mereka yang sehingga pada suatu tahap aku seperti ingin menghapuskan mereka dari permukaan bumi ini biar yang tinggal hanya mereka yang baik hati dan boleh bertoleransi. sikap manusia ada yang ingin mengajar ketam berjalan lurus pada hal diri sendiri masih terumbang ambing dan berlagak pandai sedangkan segala apa yang diperolehi itu daripada orang lain. aku sanggat dan tersangat kecewa dengan mereka. adakah kerana aku ini terlalu kerdil berbanding mereka yang berbadan sasa, tegap, gemuk dan berisi sehingga sanggup diperlakuykan sedemikian rupa? aku sangat benci berhadapan dengan mereka. terlalu mual sehingga membuatkan aku jatuh sakit dan berharap agar mereka dipendekkan umur. aku tahu ada yang akan mengatakan aku kejam, tapi kekejaman ini adalah berpunca dari mereka. mereka yang menjadikan dan mencorakkan aku sedemikian rupa. jangan salahkan kau...!!!!!