Rabu, 10 Mac 2010
ujikaji
entah kenapa hari ini aku teringin nak cerita pasal ujikaji. selalu kita dengar zaman teknologi sekarang ini amat canggih sampai buat anak pun pakai tabung uji. ujikaji juga namanya tu. tapi dorang saintis2 tu tak fikir ka kesan ujikaji ini? tak kira la kesan pada siapa, manusia ka, haiwan ka dan segala makhluk la yang sewaktu dengannya. bangun pagi tadi aku teringat pasal dpli dan kpli. aku bersyukur aku dapat metest untuk kpli. walau macam mana pun, aku masih trpikir dan ada jugalah bengang sikit dengan perkataan ujikaji ini. aku bengang bukan apa, ada kawan nie yang memang berharap sangat dapat blajar tinggi, untuk dapatkan jaminan masa depan keluarga alih-alih ijazahnya tak di iktiraf kementrian pelajaran. apa yang aku bengang sangat nie, adakah bila di ajukan persoalan kenapa tidak di iktiraf, mereka bole jawab yang bahawa pelajar yang belajar pada tahun itu adalah bahan ujikaji pihak kolej untuk menentukan sama ada pihak kolej boleh mndapatkan pengiktirafan kpm..Naaaa bebunyi sudah....pinjaman bukan main besar lagi...bila da habis...mula la surat beduyun2 datang minta bayar balik...sedangkan sijil ijazah tu tak diiktiraf...macam mana nak cari kerja...ibu bapa berharap sangat anak dapat bantu bila habis belajar dapat kerja yang bagus, ada gaji bulan2, tempat kerja pun tidak panas macam mereka. tapi bila dengar perkhabaran macam tu, tak ka luluh hati ibu dan bapa. susah payah sekolahkan anak...alih-alih macam bgitu kejadiannya. kebanyakan yang tertipu adalah orang-orang kampung khususnya dari sabah ini sendiri. sebab kawan aku ini memang dari sabah. satu negeri dengan aku. kesian aku tengok dia... saban hari membanting tulang bantu ibu dan bapa nya di kebun. ada ijazah tapi tak di iktiraf. kenapalah orang sabah selalu ditipu macam tu. sekarang aku dan kawan-kawan juga mengalami nasib yang sama. kami dijadikan ujikaji dengan adanya sem pendek, dan praktikal 6 bulan. sebelum praktikal kami dijanjikan ada elaun...dan dihantar ke semenanjung untuk praktikal. wahhhh!!!! sampai sekarang kami tidak dapat sesen pun duit elaun untuk kami tampung kehidupan di bandar K.L. tu la nasib diri....sentiasa ditindas. harap suatu hari nanti mereka2 yang menindas tu akan rasa juga la persaan macam nie.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
huhu..iya hidup ditindas ni kadang kala membangkitkan dendam. marah. ari tu bkn main ckp itu ini, tp sesen pn xda. then hutang hostel. org yg dah setahun dibuang hostel pn tiba2 ada hutang hostel sem ni. teruk betul org2 yg x pandai bekerja ni. diorg ni la sebenarnya punya org jadi jahat. jadi pendendam. geram jgk. tp pedulilah. sampai masanya akan bersuara juga suara2 yg ditindas ini.. huhu.. bravo2.. ^_^
BalasPadam